Panasnya Hari Ini

DAP Tidak Mahu Gantikan MCA

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Berikutan cadangan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin agar UMNO mempertimbangkan untuk menjadikan DAP sebagai parti komponen di dalam Barisan Nasional (BN) bagi menggantikan MCA, DAP hari ini, tampil menolak cadangan yang dikemukakan itu.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menyifatkan cadangan yang dikemukakan itu adalah satu propaganda untuk menyamakan parti itu dengan MCA.

“Ini sebenarnya sebahagian daripada propaganda untuk menyamakan DAP dengan MCA. Walhal DAP bukan MCA dan tidak mahu menggantikan MCA,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Jelasnya lagi, DAP terbuka kepada pelbagai kaum, berbanding MCA.

“DAP parti yang tidak berasaskan kaum dan sebaliknya berasaskan perjuangan untuk keadilan, kesaksamaan, kebebasan untuk rakyat Malaysia.

“Jika mana-mana parti sedia untuk menjunjung perjuangan tersebut tanpa kerangka perkauman, maka DAP bersedia untuk bekerjasama,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, Zairil menyerahkan kepada pengundi Cina untuk menilai prestasi dan kedudukan di antara DAP dan MCA.

“Itu biar masyarakat Cina yang tentukan, tapi saya rasa berdasarkan keputusan pilihan raya umum lepas, MCA sudah kehilangan kepercayaan semua rakyat Malaysia,”ujarnya.

Zairil turut berkata, MCA juga kini dilihat tidak mampu dan tidak berani untuk berhadapan dengan UMNO di atas beberapa isu yang melibatkan masyarakat Cina.

‘Sudahlah skandal-skandal besar seperti PKFZ tiada yang bertanggungjawab, lepas itu MCA tidak berani berhadapan dengan UMNO atas pelbagai isu yang melibatkan masyarakat Cina,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");