Jenayah

Pencuri dipukul, pecah masuk kedai ketika solat Isyak

TUMPAT – Seorang lelaki cedera di kepala apabila dibelasah orang ramai ketika cuba mencuri duit syiling RM30 di sebuah kedai makan di Wakaf Bharu, malam tadi.

Kejadian pecah masuk kedai makan bersebelahan Masjid Wakaf Bharu berlaku ketika azan Isyak berkumandang kira-kira jam 8.40 malam.

Pemilik kedai itu, Zaleha Husien, 60 berkata, pencuri terbabit pecah masuk melalui pintu dapur belakang dan mencuri wang syiling tersebut.

“Pencuri dikepung ketika dia berada di dalam kedai itu, dia tidak berjaya melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian tersebut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");