Sukan Hari Ini

Debaran Amsyar tunggu berita FINA

Kuala Lumpur: Atlet terjun negara Amsyar Azman berdebar-debar menantikan nasibnya sama ada akan tersenarai untuk beraksi pada temasya Sukan Olimpik Rio, Ogos ini.

Katanya, belum ada sebarang keputusan dibuat Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) yang sepatutnya mengeluarkan senarai akhir 34 peserta semalam.

“Setakat ini belum ada sebarang berita lagi dan ia mungkin akan diumumkan minggu ini.

“Hati saya juga kini berdebar-debar menunggu keputusan dan semoga ada berita menggembirakan,” katanya.

Bulan lalu, Amsyar gagal melayakkan diri secara merit ke temasya Olimpik selepas gagal menamatkan saingan di kelompok 18 peserta untuk mendapat tiket secara automatik. Atlet kelahiran Perlis itu menamatkan saingan pada Kejohanan Terjun Piala Dunia di kedudukan ke-24.

Bagaimanapun dia berpeluang untuk ke Rio berdasarkan kuota.

Mengikut syarat kelayakan FINA seandainya atlet yang berada di kelompok itu sudah melayakkan diri ketika beraksi di Kejohanan Dunia di Kazan, Jun tahun lalu, maka tempat seterusnya akan diisi oleh penerjun ke-19 dan seterusnya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");