Panasnya Hari Ini

1MDB: Bukan Rahsia Selepas Dibentang di Parlimen

Gambar:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin menyatakan bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak lagi menjadi satu dokumen rahsia rasmi (OSA) selepas ia dibentangkan di Parlimen.

Beliau berkata, ianya hanya dikelaskan sebagai dokumen rahsia rasmi sehingga Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir 1MDB dibentangkan ke Parlimen.

“Mesyuarat hari ini, Tan Sri Ambrin Buang Ketua Audit Negara menjelaskan selepas Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB dibentangkan ke Parlimen, Laporan Akhir Pengauditan 1MDB tidak lagi menjadi dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, memetik laporan Free Malaysia Today.

Tegasnya, Ketua Audit Negara diberi kuasa perundangan untuk menjaga wibawa dan kerahsiaan jabatannya dan berhak untuk membuat keputusan bagi mengelaskan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

“Jika maklumat berkenaan bocor, ia akan memberikan persepsi negatif terhadap Jabatan Audit Negara,” ujar beliau, lapor Free Malaysia Today lagi.

Mengulas lanjut, Hasan meminta rakyat agar tidak gusar dengan syor dan rumusan Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB berikutan ia melibatkan kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan juga pembangkang.

“Rakyat tidak perlu bimbang dan harus yakin dengan syor serta rumusan laporan PAC, kerana ia dirumuskan oleh ahli-ahli PAC terdiri daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang,” katanya.

Sementara itu, ahli PAC, Tony Pua berkata pihaknya amat gembira dengan laporan daripada Ketua Audit Negara itu.

Namun jelasnya, siasatan PAC terhadap 1MDB masih belum selesai.

“Belum. Masih belum selesai. Kami masih belum selesai lagi dengan laporan. Kami masih perlu membaca dan meneliti dokumen-dokumen berkenaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");