Panasnya Hari Ini

Deklarasi Rakyat Jejaskan UMNO

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sokongan daripada Datuk Seri Shafie Apdal terhadap Deklarasi Rakyat ternyata memberi kesan kepada UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, penyertaan dua orang bekas pemimpin kanan UMNO dan seorang Naib Presiden UMNO telah menambahkan keyakinan rakyat terhadap deklarasi tersebut.

Berikutan itu, MT UMNO perlu mengambil tanggungjawab menjelaskan kepada rakyat tentang isu yang berlaku bagi memastikan kedudukan UMNO kembali kuat.

“Kalau kata (UMNO) tak terjejas tak betul. Dia mesti ada kesan. Kita (MT) harus jelaskan pada rakyat bahawa langkah terbaik menukar pemimpin adalah melalui proses demokrasi yang ada sekarang, melalui Parlimen atau Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

“Yang boleh menentukan turun bangun Perdana Menteri adalah di Parlimen,”ujarnya, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa, Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mempergunakan Tun Mahathir untuk memecahbelahkan ahli-ahli UMNO.

Tengku Adnan turut menggambarkan bahawa perkara tersebut ialah satu perbuatan gila dan sekaligus melontarkan persoalan bahawa pembangkang sudah berjaya memecahbelahkan UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");