Panasnya Hari Ini

Deklarasi, Surat Terbuka Tun M: UMNO Johor Serah Pada Pucuk Pimpinan

KUALA LUMPUR:Badan Perhubungan UMNO Johor menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi mengenai sokongan ahli parti terhadap deklarasi dan isu surat terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad kepada semua ahli cawangan.

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, beliau turut yakin bahawa perkara itu akan diteliti oleh pihak berkenaan.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, menegaskan bahawa perkara seperti itu kerap berlaku apabila tiba musim mesyuarat peringkat cawangan dan bahagian.

“Itu sebab Dr Mahathir tulis surat pada cawangan dan pucuk pimpinan parti mengingatkan cawangan jangan mencampuri urusan dalaman UMNO.

“Kita (UMNO Johor) percaya apa yang dilakukan ada sebabnya dan ibu pejabat akan meneliti perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama tenaga penggerak Biro Tatanegara Negeri Johor memetik sumber Berita harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");