Jenayah

Ditahan sebar ajaran bukan Islam

Melaka: Empat individu termasuk seorang wanita ditahan selepas disyaki cuba menyebarkan buku dan dakyah ajaran bukan Islam kepada orang Islam di Taman Kebaya, Alor Gajah, di sini, semalam.

Mereka ditahan pada 4.30 petang, selepas disedari penduduk taman mengenai kegiatan mencurigakan kumpulan berkenaan.

Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani berkata, kumpulan berkenaan dipercayai mubaligh yang dilatih untuk mengedarkan buku dakyah ajaran bukan Islam pelbagai bahasa secara percuma.

Katanya, kumpulan ini dipercayai cuba memesongkan akidah orang Islam memandangkan kandungan buku ini bukan sahaja mempunyai khalimah Allah malah turut menerangkan kandungan yang terdapat dalam Al-Kitab.

“Mereka berusia antara 20 hingga 43 tahun dan daripada empat yang ditahan itu, seorang adalah penuntut kolej swasta di Cyberjaya yang juga warga Iran.

“Turut dirampas lebih 40 buku bertajuk Pengharapan Agung.

“Mereka dipercayai sudah menjalankan aktiviti penyebaran buku berkenaan di negeri ini sejak empat bulan lalu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 8 Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam 1988.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");