Panasnya Hari Ini

Isu Banglo: Hanya Agenda dan Sandiwara BN – Aziz Bari

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Dr Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan bahawa isu pembelian banglo di bawah harga pasaran oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sebagai mainan politik, agenda dan sandiwara Barisan Nasional (BN).

Memetik laporan Free Malaysia Today, beliau yang juga merupakan bekas pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, isu berkenaan timbul kerana UMNO dan BN kekeringan idea untuk menyerang parti pembangkang.

Tegasnya, ia hanyalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat kononnya pimpinan DAP sama seperti BN yang turut terlibat dengan skandal rasuah, sekaligus menutup isu yang berlaku terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“(Guan Eng) tidak perlu berehat, saya rasa isu (banglo) itu sudah dipolitikkan, jadi takkan kita buat tindakan untuk masuk perangkap BN.

“Ini hanya agenda dan sandiwara BN, kita tahu baik mahkamah, pihak polis, baik Peguam Negara, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) susah nak lari daripada pengaruh UMNO, begitu juga Bank Negara, kalau kita terpengaruh dengan desakan mereka tak cerdik la kita.

“Mereka cari peluang dan hendak kata pemimpin politik ini sama, termasuk DAP, mereka hendak kata DAP ini sama dengan UMNO (ada skandal rasuah), jadi orang akan kata Guan Eng juga macam Najib (terlibat rasuah) jadi apa yang hendak bising. Saya kata begitu tidak bermakna saya kata Guan Eng itu malaikat, kita pun cerdik juga,” katanya, lapor Free Malaysia Today.

Dalam pada itu, beliau turut membidas Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya yang didakwa takut untuk membuat pendedahan isu pembelian banglo Guan Eng di khalayak umum, sebaliknya hanya berani berbuat demikian menerusi imuniti Dewan Rakyat.

Gambar:- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");