Sukan Hari Ini

DRB-Hicom robek UiTM

DRB Hicom FC meneruskan kempen rentetan kemenangan kedua dalam aksi keempat liga selepas mudah membelasah pendahulu Liga Perdana, UiTM FC 4-1 di Stadium Proton City, Tanjung Malim, petang semalam.

Beraksi di laman sendiri, The Great Bees tidak mengambil masa lama untuk merobek gawang skuad bimbingan Raja Isa Raja Akram Shah pada minit ke-25 menerusi jaringan Phillip Lund.

Pada minit ke-38, giliran penyerang tuan rumah, Ivan Babic mencetak nama sebagai penjaring apabila melebarkan jurang menerusi sepakan penalti sebelum import Croatia itu meledak gol ketiga minit ke-42 untuk mendahului 3-0 babak pertama.

Lima minit bersambung babak kedua, Ivan terus garang apabila melengkapkan hatrik ke-50 sebelum penyerang import UiTM FC, Pavel Purishkin menjaringkan gol saguhati pasukannya pada minit ke-69.

Kemenangan itu melebarkan rekod DRB-Hicom kepada empat kemenangan dan satu seri dalam lima pertemuan sebelum ini.

Jumaat lalu, skuad kendalian Chong Yee Fatt itu menewaskan Sabah 2-0 di Stadium Bolasepak Kompleks Sukan Likas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");