Jenayah

Dua anggota tentera maut, 24 cedera

Ranau: Dua anggota tentera maut, 24 lagi cedera selepas trak tentera yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer (KM) 40 Jalan Ranau-Telupid, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian pada 11.30 pagi itu, trak berkenaan dalam perjalanan dari Kem Sri Kinabatangan ke arah pekan Ranau terbabas selepas mengalami kegagalan brek ketika menuruni bukit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau Jimmy Lagon berkata, dua anggota tentera, Mohamad Zaim Salhudin dan Shahril Afizat Mohamad maut akibat parah di beberapa anggota badan.

“Semua mangsa yang cedera termasuk dua anggota tentera yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Ranau untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi, kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan awam lain dan ia berlaku dalam keadaan cuaca baik serta jalan yang kering ,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");