Perak Hari Ini

Dua Buah Lori Terbakar

IPOH: Dua buah lori musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Taman Seri Meru, Meru Raya, di sini, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap, bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya telah menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.57 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati berlaku satu kebakaran yang melibatkan dua buah lori yang musnah terbakar sebanyak 70 peratus.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian diarahkan oleh komander operasi untuk membuat pemadaman,” ujarnya.
image_24822

Katanya lagi, pihak bomba menggunakan dua aliran salur untuk memadamkan kebakaran dengan menggunakan sumber air dari jentera sehingga api berjaya dipadamkan.

Jelasnya, kedua-dua lori berkenaan mengalami 80 peratus terbakar sebaik sahaja api berjaya dipadamkan.

Operasi yang diketuai oleh PB Mohd Zaid Abdul Aziz itu tamat pada jam 4.20 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");