Jenayah

Dua maut dilanggar kereta

Sungai Petani: Penunggang dan pembonceng motosikal maut selepas dilanggar kereta di Kilometer 106.4 Lebuhraya PLUS arah selatan, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 6 petang, lelaki dan wanita berusia 30-an itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Jurucakap polis berkata, motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa dipercayai dilanggar Perodua Myvi dari arah belakang.

Katanya, akibat rempuhan itu, motosikal berkenaan terperosok di bawah treler yang diparkir di tepi lebuh raya.

“Mangsa perempuan terperosok bersama motosikal di bawah tayar belakang, manakala mangsa lelaki tercampak di tepi penghadang lebuh raya. Kedua-duanya mati serta merta di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, sepasukan lapan anggota bomba bersama sebuah jentera EMRS diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Khairi Baharudin dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 6.34 petang.

Berikutan itu, tindakan mengeluarkan mangsa dilakukan sebelum diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");