Sukan Hari Ini

Dugaan buat Lela lebih matang

Kuala Lumpur: Lima bulan sebelum temasya Olimpik Rio membuka tirai banyak halangan dan cabaran terpaksa ditempuh atlet terjun negara terutama tempat latihan kurang sempurna ketika negara lain bertungkus lumus membuat persiapan.

Namun bagi ratu terjun negara, Pandelela Rinong apa yang berlaku itu cabaran buat dirinya untuk menjadi atlet lebih matang.

Katanya, bergelar atlet tidak mudah namun perkara itu perlu diadaptasi supaya dapat terus kekal fokus dan membuat terbaik dalam apa juga keadaan.

“Persediaan berjalan seperti biasa dan tiada apa yang istimewa. Kurang daripada tiga minggu lagi kami akan ke Kanada dan Russia untuk menyertai Siri Piala Dunia.

“Bagaimanapun kami terpaksa menunggu sehingga visa siap terlebih dulu,” katanya.

Skuad terjun negara membabitkan Pandelela, Leong Mun Yee dan Wendy Ng dikhabarkan berdepan masalah visa untuk kembali berlatih ke Dongguan China.

Mereka kini menjalani latihan di gimnasium dan Kolam Renang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Cheras dengan kemudahan disediakan tidak lengkap dan kurang sesuai buat atlet berprofil tinggi.

Selain Pandelela dan Wendy, tiga atlet terjun negara membabitkan Cheong Jun Hoong, Nur Dhabitah Sabri dan Ooi Tze Liang turut layak beraksi di Olimpik.

Malah, jika prestasi terkini skuad negara diambil kira, mereka sekurang-kurangnya mampu mengulangi pencapaian di London empat tahun lalu.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");