Panasnya Hari Ini

Sedia Taja Kos Pengajian Dua Penuntut Master, PhD – Hishammuddin

Gambar:- Facebook Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien mengumumkan bahawa beliau sedia menaja kos pengajian bagi dua penuntut Master dan dua penuntut PhD dalam bidang berkaitan keamanan dan perpaduan.

Beliau menerusi catatan terbaharu di laman media sosial Facebooknya berkata, beliau sentiasa percaya bahawa pendidikan merupakan aspek penting dalam kehidupan.

“Justeru, semalam saya telah umumkan bahawa saya bersedia menaja kos pengajian untuk dua penuntut Master dan dua penuntut PhD di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam bidang berkaitan keamanan dan perpaduan bagi tahun 2016,” katanya.

Ujarnya lagi, tawaran tersebut dibuka kepada anak-anak dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta kakitangan Kementerian Pertahanan.

“Semoga inisiatif ini dapat menyemarakkan lagi budaya ilmu sekali gus menyuntik semangat keamanan sejagat dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan Malaysia” tambah beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");