Panasnya Hari Ini

Dulu Kutuk DAP, Sekarang Duduk Sebelah – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyindir tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini ‘duduk’ satu pentas bersama pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Kata Najib, selama 22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir sentiasa mengutuk DAP dan tidak sependapat dengan parti itu.

“22 tahun kutuk parti DAP…kata Kit Siang rasis…kata DAP parti cauvinis, menidakkan hak orang Melayu, menekan Islam, kita dah dengar ucapan-ucapan dia.

“Ini bukan saya kata, ini Dr Mahathir sendiri kata selama 22 tahun…hari ini dia duduk sebelah siapa, dia ‘sign’ (tandatangan) Deklarasi Rakyat dengan siapa,”katanya.

Bernama melaporkan, tindakan Tun Mahathir bersama-sama dengan bekas pemimpin UMNO dan pembangkang adalah tidak wajar untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara demonstrasi jalanan.

“Dulu (Tun Mahathir) kata demonstrasi jalanan salah di sisi undang-undang. Dulu kata salah dari segi prinsip demokrasi. Tapi sekarang ini lain pula,”katanya.

Terdahulu, Tun Mahathir telah mengetuai satu kumpulan yang terdiri daripada 50 orang bekas pemimpin kanan kerajaan, pembangkang dan NGO telah menandatangani satu deklarasi yang menyokong penyingkiran Najib.

Dalam masa yang sama, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Pahang yang hadir pada Himpunan Solidariti untuk menyatakan sokongan kepada beliau.

Kata Najib, ini membuktikan bahawa beliau tidak keseorangan dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam memimpin negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");