Sukan Hari Ini

FCCC: TSG monopoli kedudukan podium

SEPERTI dijangka pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) menepati ramalan, menyapu bersih ketiga-tiga kedudukan teratas podium dalam kategori utama (Terbuka Lelaki) sirkit kedua kejohanan Felda Cycling Challenge Circuit (FCCC), semalam.

Pelumba import TSG, Dadi Suryadi meraih tempat pertama dengan catatan 2 jam 29 minit 45.7 saat.

Tempat kedua dimenangi pemenang dua pingat emas Sukan Sea 2015, Mohd Hariff Salleh dengan catatan 2 jam 29 minit 59.3 saat.

Manakala seorang lagi jaguh kelahiran Terengganu, Anuar Manan ditempat ketiga dengan catatan 2 jam 29 minit 59.5 saat.

Sirkit kedua yang berlangsung di laluan landai sejauh 109 kilometer bermula di Bandar Ketengah Jaya, Kerteh menyelusuri laluan di daerah Dungun kemudian melalui laluan pantai ke Paka sebelum kembali semula ke Kerteh di Bandar Ketengah Jaya.

Sirkit seterusnya akan berlangsung di Felda Wilayah Segamat di Mersing Johor pada 21 Mei.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");