Panasnya Hari Ini

GKCM Cabar Tengku Adnan & Nazri Aziz Berdebat

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Nazri Aziz dicabar untuk berdebat bagi menghuraikan kemelut kepimpinan yang wujud dalam UMNO ketika ini.

Cabaran itu dilakukan oleh Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menerusi satu kenyataan hari ini.

“UMNO perlu membuka pintu perubahan dan pembaharuan ke arah memastikan bahawa ia kekal sebagai sebuah parti politik yang relevan dalam era ‘dunia tanpa sempadan’ sekarang.

“Adalah malang sekiranya UMNO dibiarkan berada dalam keadaan penafian yang tiada kelibat penghujungnya dan akhirnya, memperlihatkan ia sebagai sebuah parti politik yang dipenuhi dengan barisan pemimpin yang jumud pemikirannya,”kata Setiausaha GKCM, Azhar Daeng.

Free Malaysia Today turut melaporkan, Azhar mencadangkan agar tajuk debat tersebut ‘UMNO memerlukan perubahan kepimpinan’.

“Kami begitu teruja sekiranya UMNO dapat menyenaraikan dua orang pemimpin tertingginya untuk berdebat dengan kami. Dua orang ini adalah Datuk Seri Nazri Aziz dan Tengku Adnan sendiri.

“Kami berharap bahawa dua pemimpin ini tidak akan menolak pelawaan untuk perdebatan atau forum ini. Ini sesuai dengan dakwaan bahawa mereka ini adalah pahlawan dan jaguh UMNO,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");