Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Akui Ada Komplot Jatuhkan Najib, Kerajaan

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui terdapat komplot yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain mempunyai matlamat untuk menumbangkan kerajaan.

“Bila timbul isu komplot untuk menjatuhkan kerajaan, saya tidak terlibat walaupun ada usaha yang dibuat oleh beberapa pihak datang jemput saya, tapi saya kata tidak kerana saya tak mahu jadi sebahagian daripada itu.

“Saya tahu siapa yang terlibat. Saya tahu apa yang mereka nak buat. Bukan kata nak menumbangkan kerajaan, tetapi nak menukar Perdana Menteri pun saya tahu,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO yang digantung kini turut mengakui bahawa beliau turut mempunyai maklumat tentang kewujudan dana khas yang diuruskan oleh Presiden UMNO semenjak memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden pada 2009.

Free Malaysia Today melaporkan, pendedahan terbaru dari Muhyiddin itu dipercayai ketika Muhyiddin menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 9 September 2015.

Muhyiddin digugurkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO selepas lantang mengkritik kepimpinan Najib yang terlibat dengan pelbagai skandal dan isu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");