Panasnya Hari Ini

“Guan Eng Adalah Akauntan, Bukan Penilai Hartanah’

KUALA LUMPUR: Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik hari ini mempertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung harga pasaran rumah banglo milik Setiausaha Agung DAP itu.

Katanya, Guan Eng mempunyai latar belakang perakaunan dan bukannya penilai hartanah.

“Bolehkan anda mengharapkan akauntan untuk menilai sebidang tanah mengikut harga pasaran?

“Tiada akauntan yang akan tahu tentang nilai tanah atau hartanah sebelum ia dinilai dengan betul oleh penilai berdaftar,”katanya, lapor mStar.

Jelasnya, hanya seorang penilai yang dilantik oleh bank yang boleh menilai harga hartanah dan bangunan sekiranya pembeli berhasrat untuk memohon pinjaman bank.

Tambahnya lagi, duti setem juga akan dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas perjanjian jual beli ditandatangani.

“Bukan satu keperluan untuk Lim Guan Eng mengetahui nilai harga pasaran sebelum sesiapa sahaja boleh menjual hartanah kepadanya,”jelasnya.

Dalam masa yang sama, Wei Aik turut melemparkan tuduhan dengan mengatakan bahawa Barisan Nasional cuba untuk melemahkan integriti Guan Eng dan merampas kuasa DAP di Pulau Pinang.

“Serangan tidak henti-henti BN terhadap Lim Guan Eng adalah serupa dengan membunuh semut dengan tukul besi. Ia bukan lagi satu isu anti-rasuah yang mudah.

“Jentera propaganda BN menyasarkan untuk melemahkan integriti peribadi Lim Guan Eng serta merampas kuasa DAP di Pulau Pinang,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");