Panasnya Hari Ini

Hudud: PAS-IKATAN Perlu Selesaikan Perbezaan Pendapat

KUALA LUMPUR: Blok pembangkang yang baharu di antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) perlu mencari kaedah yang sesuai bagi mengatasi perbezaan pendapat antara kedua-dua parti itu mengenai hudud.

Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian berkata, ini kerana, sekiranya PAS-IKATAN gagal mengatasi perbezaan pendapat itu, pertelingkahan yang sama seperti yang berlaku antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat akan terjadi sekali lagi.

Jelas beliau, pelaksanaan hudud di negara ini memerlukan kompromi daripada ahli IKATAN yang liberal dan berpendidikan barat.

“Ia akan membawa impak sama seperti yang pernah dihadapi DAP dan PAS dalam Pakatan Rakyat.

“Walaupun pemimpin parti beranggapan ia boleh diuruskan kemudian, pemimpin akar umbi tetap mahu apakah hala tuju pakatan itu sejak dari mula lagi.

“Pemimpin atasan parti perlu berbincang mengenainya dan terpulang kepada mereka bagaimana untuk mengatasi isu ideologi. Selagi mereka tidak menemui formula menang-menang, keadaan tidak baik untuk IKATAN,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Terdahulu, PAS dan IKATAN telah bekerjasama sebagai blok pembangkang yang baharu pada 16 Mac lalu.

Naib Presiden IKATAN, Tony Looi dilaporkan berkata, penubuhan IKATAN telah mempersetujui bahawa parti itu tidak akan menyokong hudud.

Dalam masa yang sama, Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir pula dilihat cuba mengelak mengenai isu hudud tersebut sebaliknya lebih memberikan tumpuan dalam persepakatan antara PAS dan IKATAN.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");