Perak Hari Ini

Gugurkan Jawatan Tun M, Muhyiddin Dan Mukhriz Dalam Kerajaan

IPOH:UMNO Bahagian Gopeng sebulat suara mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan kesemua jawatan dalam kerajaan yang digalas oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir secepat mungkin.

Desakan itu, ekoran daripada tindakan dan penglibatan mereka di dalam deklarasi rakyat pada Jumaat lalu yang diadakan bertujuan mendesak supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Ketua Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Kassim menyatakan bahawa menerusi Mesyuarat jawatankuasa UMNO Bahagian Gopeng semalam telah sebulat suara membuat keputusan untuk tidak menerima sebarang bentuk deklarasi rakyat bertujuan menjatuhkan kepimpinan tertinggi parti.

UMNO GOPENG1

“Kami mendesak supaya apa juga jawatan bersangkutan dengan kerajaan yang masih dipegang oleh mereka termasuklah jawatan selaku penasihat kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana, Proton malah Petronas.

“Kami Mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta barisan kepimpinan dalam kerajaan supaya menyegerakan pemecatan jawatan tersebut,” katanya dalam satu sidang media khas di Ipoh hari ini.

Tambahnya lagi, tindakan Dr Mahathir sanggup bekerjasama dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat jauh bertentangan dengan prinsip yang dipegang selama ini.

“Kami amat kecewa sekali dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan bekas-bekas ahli UMNO terdahulu termasuk juga bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng Datuk Hamidah Osman yang telah menandatangani deklarasi berkenaan,” katanya.

Tegasnya lagi, tindakan itu dilihat semata-mata hanya untuk kepentingan peribadi malah beliau menyifatkan tindakan Tun Mahathir bukan  lagi mempertahankan perjuangan sebenar parti.

“Malu melihat Melayu sedemikian, biar kita buruk rupa sikit biar hati budi elok.

“Sebarang tindakan menentang perlu mengikut perlembagaan parti dan undang-undang negara dan sekiranya berkeinginan untuk menjatuhkan seseorang masa yang terbaik adalah semasa pilihanraya,” katanya.

Terdahulu, Umno Bahagian Gopeng turut menyatakan sokongan padu tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk terus mentadbir negara dan UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");