Panasnya Hari Ini

Hadiri Deklarasi Rakyat, Tidak Bermakna PAS Menyokong

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan bahawa kebenaran yang diberikan kepada dua pimpinan PAS untuk menghadiri pengisytiharan deklarasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu, tidak bererti parti itu menyokong gerakan tersebut.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, kebenaran itu sebaliknya adalah untuk mendapatkan maklumat terperinci berhubung deklarasi untuk dikaji.

“Membenar hadir bukan menyokong deklarasi, membenar hadir itu adalah untuk mengetahui pergerakan dan tindakan dan apa sebenarnya yang berlaku dalam deklarasi itu, ia adalah urusan politik.

“Deklarasi itu perlu dinilai dan kaji, sekiranya baik untuk rakyat dan negara, tak mengapa tapi kalau bertentangan dengan apa yang parti nak bawa, dengan prinsip PAS, mungkin kita akan tolak.

“Sebab itu kita hantar wakil, kita tak mahu nanti mengambil maklumat daripada pihak kedua, ketiga, keempat, kita hantar terus wakil yang diizinkan Presiden,” katanya memetik sumber Berita harian.

Terdahulu, deklarasi yang digerakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dihadiri oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

Difahamkan kehadiran mereka di atas persetujuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Majlis itu turut dihadiri dua lagi ahli PAS iaitu bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan bekas Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar, bagaimanapun kehadiran mereka hadir atas kapasiti peribadi.

Mengulas sama ada PAS akan mengambil tindakan kepada Husam dan Mahfuz, Nasrudin berkata parti tidak akan mengambil tindakan kerana kehadiran mereka bukan menjadi satu kesalahan.

“Kami tidak anggap itu sebagai satu kesalahan sebab ia peribadi dan majlis itu bukanlah memberi kemudaratan dan kerugian kepada parti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");