Panasnya Hari Ini

Hak Tun M Untuk Kekal Atau Tinggalkan GLC

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai hak sama ada untuk terus kekal atau melepaskan jawatan dalam syarikat atas lantikan kerajaan.

Ujarnya, Tun Mahathir mempunyai pertimbangan dan pandangan tersendiri atas keputusan yang beliau lakukan.

“Dia mempunyai hak untuk kekal atau melepaskan jawatannya. Dia juga pasti mempunyai perkiraan dalam setiap keputusan yang diambil,”ujarnya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Terdahulu, ahli Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur menggesa agar Tun Mahathir melepaskan semua jawatan yang dipegangnya atas lantikan kerajaan.

Desakan itu dibuat berikutan Tun Mahathir tidak lagi mempunyai terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang mengetuai kerajaan.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengulas mengenai usul undi tidak percaya oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Katanya, tindakan oleh Ahmad itu adalah kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap Ahmad Razif.

“Sebab dia (Ahmad) tidak percaya lagi. Saya juga tidak tahu serta saya tidak berjumpa dengan dia pun,”ujarnya.

Tengku Razaleigh juga percaya tindakan yang diambil oleh Ahmad itu akan memberi kesan kepada UMNO berikutan parti itu kini menjadi perhatian berikutan polemik politik yang melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");