Sukan Hari Ini

‘Hang jangan kalut’

Alor Setar: “Peringatan yang saya berikan kepada pemain pada waktu rehat memastikan kami mengutip mata penuh mengatasi Kelantan 2-1 walaupun ketinggalan pada separuh masa pertama,” kata ketua jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe.

Menurutnya, beliau hanya mengarahkan barisan pemainnya supaya jangan panik dan terus mengekalkan rentak permainan bagi mendapatkan gol dan itu yang dilakukan barisan pemainnya.

“Saya bangga dengan kesungguhan tinggi dipamerkan pemain sepanjang 90 minit perlawanan semalam (kelmarin) dan ini yang memastikan kami mampu menang.

“Anak buah saya beraksi seperti biasa tapi sedikit kesilapan di bahagian pertahanan membuka peluang lawan menghukum kami pada separuh masa pertama. Tapi itu tidak melemahkan semangat pemain malah bangkit untuk membuktikan keupayaan sebenar.

“Carlos Kahe dan Syafiq Ahmad yang masuk pada babak kedua berjaya menjaringkan gol. Syafiq dan Fakri Saarani juga berjaya memantapkan permainan pasukan dan mengucar kacirkan pertahanan lawan,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang lima perlawanan setakat ini, anak buahnya kerap mencipta peluang tetapi ketumpulan jentera serangan selalu membuatkan mereka berputih mata.

“Bukan mudah berdepan lawan sama dalam masa dua hari kerana kedua-dua pasukan sedar dan faham dengan kekuatan serta kelemahan masing-masing.

“Barisan pemain saya hanya perlu beraksi seperti mana mereka berlatih dan jaringkan gol jika berpeluang. Mereka tidak boleh terlalu yakin dapat mengulangi kejayaan kelmarin pada perlawanan esok,” katanya.

Kedah akan bertemu Kelantan pada pusingan ketiga Piala FA.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");