Panasnya Hari Ini

Pertimbang Jadikan DAP Sebagai Parti Komponen Dalam BN

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini memberi saranan agar UMNO mempertimbangkan untuk menjadikan DAP sebagai rakan komponen di dalam Barisan Nasional (BN).

Ini kerana, katanya, BN boleh mendapatkan kembali undi daripada masyarakat Cina sekiranya DAP menjadi parti komponen di dalam BN.

Jelasnya lagi, MCA yang kini merupakan parti komponen BN sudah tidak lagi mewakili masyarakat Cina di negara ini.

“Anda tidak boleh nafikan sebenarnya MCA tidak wujud lagi. Pendek kata, MCA bukan lagi mewakili orang Cina. Saya bermimpi jika kata MCA akan dapat sokongan golongan muda Cina, tidak mungkin.

“Parti yang mewakili orang Cina sekarang adalah DAP, walaupun DAP kata mereka bukan perkauman,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Berikutan itu, Zainuddin berkata, UMNO perlu menimbang untuk bekerjasama dengan parti itu untuk menarik semula undi masyarakat Cina.

“MCA bukan parti yang ada kekuatan untuk menyumbang dalam BN. Bolehkah MCA menang dalam pilihanraya akan datang?

“Jadi UMNO harus terima hakikat bahawa DAP boleh menggantikan MCA,”ujarnya.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu, DAP memiliki 37 ahli Parlimen, berbanding MCA hanya tujuh ahli Parlimen.

Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, MCA perlu mencari pemimpin yang boleh menandingi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng jika ingin mendapat kembali sokongan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker membidas tanggapan tersebut dan berkata, masalah parti kedua terbesar di dalam BN itu berlaku kerana pertukaran pemimpin yang terlalu kerap.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");