Panasnya Hari Ini

‘Harap Muhyiddin Tinggalkan UMNO’ – Nazri Aziz

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz mengharapkan agar Timbalan Presiden UMNO yang digantung tugasnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengambil keputusan untuk meninggalkan UMNO seperti mana yang diambil oleh rakan-rakannya yang lain.

Katanya, beliau cukup yakin bahawa UMNO pada ketika ini sangat stabil dan beliau tidak akan membiarkan mana-mana pihak menghancurkan kepimpinan UMNO.

“Saya cukup ‘confident’ UMNO okay. Takkan biarkan individu mempengaruhi, hancurkan pimpinan UMNO seperti mana yang cuba dilakukan oleh Muhyiddin, (Datuk Seri) Shafie, (Datuk Seri) Mukhriz dan (Tun) Mahathir.

“Saya harap mereka keluar partilah,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Terdahulu, Tun Mahathir dalam satu sidang medianya semalam mengumumkan keluar dari UMNO buat kali kedua.

Sementara itu, Nazri berkata, apa yang paling penting di dalam UMNO pada ketika ini ialah kesetiaan kepada Presiden yang ternyata telah terbukti dapat menyelamatkan parti orang Melayu itu.

Nazri berkata, antara sejarah parti yang penuh dengan isu ialah pemecatan Datuk Harun Idris oleh Presiden UMNO, Tun Hussein Onn dan pertelingkahan diantara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pemimpin lain seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ahli UMNO orang kata dah ‘kutai’ (biasa) dah benda ni. Yang penting jaga parti itu sahaja. Apa berlaku, kita pastikan UMNO tak hancur.

“Dulu saya kawan Anwar Ibrahim. Dia ketua pemuda saya, saya penyokong kuat dia.

“Tapi bila Mahathir bergaduh dengan dia, kita pegang (sokong) Mahathir, sebab tu parti selamat. Lepas itu, dia (Mahathir) buat ke Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), saya tak peduli dia dah, saya jaga Pak Lah,”ujarnya.

Dalam masa yang sama juga, Nazri turut melahirkan rasa ‘kagum’ beliau pada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohammed yang terus mempertahankan ketuanya sebaik MT UMNO mengambil keputusan untuk menggantung tugas Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO.

Katanya lagi, Muhyiddin perlu mempelajari cara untuk mempertahankan ketua dari timbalannya itu.

“Muhyiddin kena belajar dengan dia (Ismail). Dia pertahankan ketua. Saya tak nak marah dia. Itu kita buat zaman Mahathir dulu walaupun banyak benda salah kita defend (pertahankan).

“Kita jangan ambil tindakan kepada dia. Kita faham dia makan dari tangan Muhyiddin. Dari semangat dan kesetiaan kepada ketua itu bagus. Jangan marah dia. Saya admire (mengkagumi) dia,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");