Sukan Hari Ini

Nabil masih belum puas jaring gol

PENJARING terbanyak Liga Bola Sepak Rakyat (LBR), Nabilah Khan Razali tetap berhasrat untuk terus mengegarkan gawang gol lawan dalam perlawanan menentang Padang Besar, Sabtu ini.

Namun baginya semua itu terpulang kepada jurulatih untuk menurunkan selaku kesebelasan utama atau sebaliknya memandangkan Temerloh kini sudah layak ke pusingan suku akhir.

“Apabila beraksi sudah pasti saya ingin pastikan kemenangan buat pasukan dengan meledak jaringan, memang buat masa ini tujuh gol telah berjaya dihasilkan.

“Semua ini bukan tugas mudah, ia dicapai hasil kerjasama berpasukan yang mempamerkan semangat juang walaupun ada ketikanya ketinggalan.

“Jika saya diturunkan sudah pasti saya akan berikan persembahan terbaik,” katanya.

Pemain yang menyambut ulang tahun kelahiran ke 25, Sabtu lalu yang juga mesra disapa Nabil percaya pasukan mampu pergi lebih jauh dalam saingan selain tiada tekanan dialaminya selaku penjaring terbanyak.

“Tiada tekanan selaku penjaring terbanyak, kami akan terus mempamerkan aksi konsisten dan tidak memandang rendah lawan yang bakal ditentang Sabtu nanti,” katanya.

Penyerang yang mewakili Pasdec FC dalam Liga Kuantan itu melakar hatrik ketika menumpaskan Melaka Tengah pada perlawanan pembukaan awal bulan ini dengan empat gol ketika pasukan menang 5-1 pada pusingan pertama sebelum ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");