Sukan Hari Ini

Harimau Malaysia kunjungi hospital

Melaka: Menyaksikan sendiri 30 pesakit terlantar di katil wad mengimbau kembali kenangan buat benteng pertahanan negara Aidil Zafuan Radzak yang pernah melalui pengalaman sama akibat masalah asma.

Menurutnya, ketika kecil dia kerap diserang asma dan terpaksa dirujuk ke hospital, malah adakalanya terpaksa ditempatkan di wad sementara menunggu keadaannya kembali pulih.

Katanya, dia bagaimanapun bersyukur kerana penyakit itu tidak terus menghantuinya dan mungkin membataskan pembabitannya secara aktif dalam sukan bola sepak apabila pulih ketika memasuki usia lapan tahun.

“Apa yang saya harapkan pesakit bersabar serta mengikut nasihat jururawat dan doktor serta mengambil ubat ynag diberikan mengikut jadual bagi membolehkan mereka pulih segera,” katanya ketika ditemui di wad ortopedik Hospital Melaka, sempena Program Ziarah Kasih, di sini, semalam.

Aidil bersama 23 rakan lain dalam skuad Harimau Malaysia meluangkan masa selama sejam di wad itu untuk bertanya khabar selain melayan kerenah pesakit dengan bergambar kenangan.

Katanya, dia berasa bangga kerana menggunakan masa rehat menjelang aksi perlawanan persahabatan Malaysia menentang Macau dengan menceriakan pesakit yang turut menerima cenderahati daripada pemain.

Kunjungan itu turut disertai Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir Idris Harun dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Datuk Dr Dul Hadi Mat Juned.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");