Panasnya Hari Ini

Tiada Paksaan Tandatangani Deklarasi Sokong Najib

KUALA LUMPUR: Penyelaras ADUN Barisan Nasional (BN) Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan menegaskan bahawa UMNO Selangor tidak pernah mengambil pendekatan untuk memaksa mana-mana cawangan di negeri itu untuk membuat deklarasi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali berkata, UMNO Selangor sentiasa mengamalkan demokrasi terbuka.

“Kita tidak pernah memaksa mana mana cawangan untuk membuat apa apa deklarasi dalam memberikan sokongan. Kita mengamalkan demokrasi terbuka dan kita ingin menyuburkan demokrasi di dalam parti kita,” tegasnya, lapor Free Malaysia Today.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa kepimpinan di negeri itu diarah untuk menandatangani deklarasi menyokong kepimpinan Najib.

Tegasnya, dakwaan berkenaan adalah satu pembohongan besar yang dibuat oleh Ketua UMNO Cawangan Teratai, Hashim Abdul Karim berikutan UMNO cawangan tersebut tidak pernah wujud.

“Kita menafikan sekerasnya dakwaan UMNO Selangor menolak untuk menandatangani deklarasi ataupun membuat deklarasi seperti yang didakwa.

“Tidak ada cawangan itu. Tidak wujud pun. Jadi itu bohong,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal ke-4 Dewan Negeri Selangor yang ke-14 tahun 2016 di sini, hari ini.

Terdahulu, Hashim mendakwa cawangannya baru saja menerima surat satu deklarasi yang disediakan oleh UMNO Selangor.

Hashim juga berkata, difahamkan kira-kira 5,000 ketua cawangan di seluruh Selangor telah menandatangani deklarasi itu sebagai menyokong kepimpinan perdana menteri dan presiden parti.

Namun Hashim mendakwa bahawa ahli akar umbi cawangannya sebulat suara menolak deklarasi tersebut.

Gambar:- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");