Panasnya Hari Ini

Hasrat Khairuddin Tidak Dapat Perhatian Di Parlimen

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Gesaan yang dilakukan oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tidak akan mendapat perhatian daripada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, kata Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Jelasnya, perkara itu terbukti apabila hasrat Khairuddin yang mencadangkan agar ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen tidak mendapat perhatian.

“Orang tidak bercakap mengenainya. Selain itu saya tidak nampak mana-mana gerakan yang bersungguh dalam melakukannya,”ujarnya, lapor Free Malaysia Today.

Ermieyati yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia itu bagaimanapun mengakui bahawa Khairuddin berhak untuk menarik ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Namun, bagi beliau, perkara yang perlu diberi tumpuan adalah untuk terus bekerja dan berkhidmat.

“Dia (Khairuddin) boleh nak ‘approach’ sesiapa sekalipun, terpulanglah…sebab itu dia pergi negeri ke negeri.

“Bagi kami sebagai ahli UMNO, kami tetap akan melaksanakan tugas, tidak hanya duduk diam. Kita teruskan kerja, kurangkan bercakap, kita berkhidmat,”tegasnya.

Terdahulu, gerakan Selamatkan Malaysia menerusi Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar dapat menarik lebih ramai pemimpin UMNO dalam usaha menolak Najib menerusi usul undi tidak percaya.

Khairuddin juga pernah mendakwa, ramai ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO secara senyap tidak menyokong Najib sebagai Presiden parti dan juga Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");