Berita Hari Ini

SPRM Dijangka Panggil Guan Eng Minggu Depan

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng dijangka akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn, minggu depan.

Penasihat undang-undangnya, Gobind Singh Deo berkata pegawai SPRM telah menghubunginya pagi Jumaat.

Gobind berkata, SPRM memaklumkan kepada Guan Eng bahawa mereka sedang menjalankan siasatan dan memerlukan lebih banyak masa sebelum bertemu Guan Eng untuk merakamkan kenyataannya.

“Mereka minta dua atau tiga hari lagi. Kemungkinan Lim akan diminta memberi keterangan minggu depan,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP negeri di Jalan Rangoon, Jumaat.

Sebelum itu, Gobind telah memberi taklimat kepada 25 pemimpin parti termasuk wakil rakyat, ahli-ahli jawatankuasa negeri, pemimpin sayap Wanita dan Pemuda mengenai isu itu.

Beliau berkata, mereka bersetuju bahawa Guan Eng tidak perlu berehat seketika daripada tugas ketua menteri sementara menunggu siasatan SPRM.

Gobind berkata akuan bersumpah oleh yang dibuat penjual rumah, Phang Li Koon adalah sah.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang menyiasat Phang kerana didakwa membuat akuan bersumpah palsu selepas laporan polis dibuat terhadap beliau.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");