Sukan Hari Ini

Hendrawan: Usah panik

JURULATIH perseorangan negara, Hendrawan tidak gusar dengan kedudukan ranking dunia Datuk Lee Chong Wei.

Hendrawan sebaliknya optimis Chong Wei mampu memperbaiki kutipan mata dan kedudukan ranking dalam Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Dalam senarai terbaru dikeluarkan BWF kelmarin, Chong Wei (77,153 mata) tergelincir satu anak tangga ke kedudukan ketiga.

Kedudukannya diambil alih jaguh China, Lin Dan yang melonjak ke tangga kedua selepas mengutip 79,537 mata.

Manakala status pemain badminton nombor satu dunia masih kekal milik rakan senegara Lin Dan, Chen Long yang unggul dengan 92,351 mata,

“Buat masa sekarang ini, saya selaku pembimbing Chong Wei akan meneruskan latihan seperti biasa bagi menghadapi Terbuka Malaysia 2016 di Shah Alam pada 5 hingga 10 April ini dan Yonex Sunrise India Open 2016 di New Delhi 29 hingga 3 April depan.

“Turun naik ranking ini perkara normal, bagi Chong Wei peluang untuk perkukuhkan prestasinya. Lepas dua pertembungan itu saya akan buat ulasan berhubung kedudukan ini,” katanya.

Tahun lalu, atlet kelahiran Pulau Pinang itu pernah mencatat ranking terburuk apabila menghuni tangga ke-80 dunia.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");