Panasnya Hari Ini

Guan Eng Lebih Baik Dari Najib Dalam Tangani Isu – Syed Saddiq

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq hari ini memuji tindakan yang diambil oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berbanding langkah-langkah yang diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam berhadapan dengan isu yang melanda kedua-dua pemimpin itu.

Menerusi laman Facebooknya, beliau memuji sikap Lim Guan Eng yang begitu cepat menangkis tohmahan-tohmahan yang dilemparkan kepada Setiausaha Agung DAP itu.

“Tidak sampai empat hari beliau sudah melakukan beberapa perkara untuk membuktikan beliau tidak bersalah.

“Pertama, beliau (Guan Eng) mengadakan sidang media dimana beliau sendiri menjawab segala dakwaan, kedua, menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beliau memberikan kerjasama dan terakhir, beliau menjemput individu yang mendakwanya untuk perbincangan. Ruang dah diberikan,”ujarnya.

Dalam masa yang sama beliau turut membandingkan dengan tindakan yang diambil oleh Najib dalam mengendalikan isu RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad.

“Pertama, jawapan yang berputar belit oleh beliau dan sekutunya. Kedua, ugutan yang berterusan kepada SPRM, PAC dan Bank Negara manakala Peguam Negara ‘direhatkan’.

“Ketiga, media ditutup dan keempat, tidak menjawab soalan di Parlimen selain daripada tidak menjawab soalan yang diutarakan oleh pihak media,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut berkata, Najib juga menarik diri daripada berdebat dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan masih belum menyaman Wall Street Journal dan The Edge.

“Jika nak dibandingkan di antara Najib dan Lim Guan Eng, siapa yang menggunakan saluran-saluran yang betul?

“Nanti memang ada yang melabel saya pro-Lim Guan Eng dan memekakkan telinganya kepada semua kritikan yang saya lakukan terhadap beliau sebelum ini,”ujarnya yang menegaskan bahawa beliau bukanlah penyokong kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Katanya lagi, tindakan yang diambil oleh Lim Guan Eng adalah lebih baik daripada tindakan yang diambil oleh Najib dan pentadbirannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");