Panasnya Hari Ini

Himpunan Anti-Najib : ‘Insya Allah, Saya Akan Hadir’ – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan akan hadir himpunan anti-Najib yang akan diadakan pada 27 Mac ini.

Himpunan anti-Najib itu dianjurkan oleh bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang bertujuan untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan.

Muhyiddin berkata,beliau telah dimaklumkan oleh Zaid berkenaan himpunan tersebut dan kehadiran beliau ke himpunan tersebut adalah kerana mereka berada di landasan yang sama.

“Kami di landasan yang sama, jadi saya kata, Inysa Allah saya akan hadir,”katanya, lapor The Malaysian Insider.

Katanya lagi, Muhyiddin juga tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan pembangkang untuk melawan Najib selagi ianya demi kebaikan dan kepentingan rakyat.

“Selagi tujuannya baik, untuk kebaikan negara dan kepentingan rakyat dan mereka setuju terdapat salah laku dalam kepimpinan, tidak kira siapa mereka, saya sedia bekerjasama dengan mereka,”ujarnya.

Terdahulu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan akan hadir ke perhimpunan tersebut semasa sidang media ketika mengumumkan beliau keluar dari UMNO minggu lalu.

Pada Februari lalu, Zaid mencadangkan agar orang ramai mengadakan ‘himpunan sokong Dr Mahathir’ dan meminta Najib serta peguam negara dan ketua polis negara meletak jawatan pada 27 Mac ini.

Kata Zaid lagi, ianya akan menjadi perhimpunan aman rakyat yang mahu pihak menyalahgunakan undang-undang dan melindungi jenayah menerima hukuman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");