Sukan Hari Ini

Ibra diintai kelab EPL

PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovic mengesahkan menerima tawaran beberapa kelab ternama Inggeris yang ingin mendapatkan khidmatnya pada jendela perpindahan akan datang.

Pemain antarabangsa Sweden itu dikaitkan dengan beberapa kelab antaranya Manchester United, Manchester City, Arsenal dan Chelsea.

“Ya, saya boleh sahkan adanya keinginan beberapa kelab Inggeris untuk menandatangani saya. Apabila tawaran sebegini datang, saya harus menelitinya kembali dan pilih apa yang saya mahukan.

“Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah destinasi menarik untuk bermain, tetapi ia bergantung juga kepada tawaran yang diberi,” katanya.

Peluang peminat bola sepak yang ingin menyaksikan pemain yang memiliki keupayaan tendangan padu itu bermain di EPL juga semakin tinggi apabila Ibrahimovic mengesahkan tidak akan terus bersama PSG musim hadapan.

“Saya mempunyai kontrak sehingga Jun ini dan saya tidak berhasrat untuk terus kekal di sini.

“Kami tidak melakukan sebarang perbincangan (untuk menyambung kontrak). Saya akan melihat segala kemungkinan, tetapi masa depan untuk saya bermain di liga lain tampak cerah. Banyak perkara akan berlaku musim panas ini,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");