Panasnya Hari Ini

Deklarasi Kelantan : ‘Saya Bukan Pengkhianat’ – Ku Li

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mempertahankan tindakan beliau menandatangani Deklarasi Kelantan sebagai tanda sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelas Tengku Razaleigh, tindakan beliau itu tidak menjadi satu kesalahan kerana ia merupakan hak beliau sebagai ahli UMNO.

“Banyak orang menganggap apabila saya menandatangani Deklarasi UMNO Kelantan, banyak orang sudah terlebih reaksi dan menuduh saya ini pengkhianat maknanya saya sudah berpaling tadah.

“Sebenarnya saya tidak pernah ada dalam apa-apa gerakan yang boleh salahkan saya untuk tandatangan dokumen itu.

“Sebenarnya dokumen itu adalah dokumen biasa yang dibuat oleh mana-mana majlis atau parti politik. Dokumen itu tidak ada kesan perundangan, jadi apa yang nak sibuk sangat,”ujarnya, lapor Antarapos.

Mengulas lanjut, beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, sebagai ahli UMNO, beliau boleh menandatangani deklarasi tersebut dan tidak akan mengubah pendiriannya mengenai kerajaan yang bersih dan telus sepertimana yang diperjuangkan oleh parti beliau.

Ujarnya, rakyat tidak boleh terus menghukum beliau atas tindakannya itu kerana beliau tidak mewakili mana-mana kumpulan dan masih berpegang kepada prinsip sebagai orang UMNO.

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata Ku Li telah menandatangani Deklarasi UMNO Kelantan sebagai tanda sokongan kepada Najib.

“Jangan salah faham apabila saya tandatangan itu adalah sebagai ahli UMNO dan saya tidak berada di mana-mana kumpulan selain daripada UMNO, bagaimana mereka boleh dakwa saya sebagai pengkhianat,”ujarnya.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menuduh Ku Li berpaling tadah kerana mendakwa Ahli Parlimen Gua Musang itu bersetuju untuk menentang Najib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");