Panasnya Hari Ini

IKATAN Ada Kekuatan Tersendiri – Mahfodz

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan rakan sekutunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Menurut Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, IKATAN adalah sebuah parti yang mempunyai kepelbagaian bangsa dalam keahliannya yang menjadi salah satu faktor utama mengapa PAS memilih IKATAN sebagai rakan politiknya.

Katanya lagi, PAS percaya, IKATAN yang diterajui oleh Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir itu mempunyai kekuatan tersendiri dalam usaha menarik lebih ramai penyokong untuk menyertai pakatan baru yang dibentuk pada 16 Mac lalu.

“Walaupun (IKATAN) adalah parti kecil, tetapi ia merangkumi pelbagai bangsa. Ada Melayu, ada Cina, ada India, ada Kadazan.

“PAS ini seperti Presiden IKATAN kata, PAS parti tunjang memang lebih kurang dari segi kekuatan sama dengan UMNO, jadi walaupun IKATAN kecil, tapi ia boleh menarik bangsa-bangsa lain selain daripada Dewan Perhimpunan Penyokong PAS,”katanya, memetik laporan Antarapos.

Terdahulu, keputusan PAS untuk bekerjasama dengan IKATAN telah menimbulkan pelbagai persoalan oleh banyak pihak dan ada yang berpendapat bahawa PAS seolah-olah ‘buntu’ dalam memilih rakan politik bagi menghadapi Pakatan Harapan.

Dalam masa yang sama, PAS-IKATAN tidak menolak sekiranya terdapat parti politik lain untuk menyertai blok pembangkang tersebut, kecuali DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Kita tak nak AMANAH dan DAP, sebab kebetulan IKATAN datang mula-mula dekat kita dan kita terima asal selain itu, PKR kita masih ada.

“Dan parti-parti lama pun sudah menyertai kita (BERJASA), akan rujuk juga kepada parti-parti lain dan NGO-NGO pun kita sudah ada 100 lebih,”ujarnya.

Sementara itu, Mahfodz juga menegaskan bahawa PAS-IKATAN tidak akan sesekali bekerjasama dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum yang akan datang.

“Tidak..tidak…tidak. Pasal mereka mengecewakan kita, AMANAH itu adalah terkeluar daripada PAS, jadi buat apa lagi kita hendak bergabung dengan dia?

“Tapi dengan PKR kita masih kekal, yang kita tolak itu ialah DAP dan AMANAH,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");