Panasnya Hari Ini

Teguh, Setia Pada Pemimpin Jadikan UMNO Kukuh

KUALA LUMPUR:Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, menyifatkan bahawa UMNO dilihat semakin kuat walaupun menerima tekanan hebat daripada bekas presiden parti, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya, kekuatan yang ditunjukkan parti hasil daripada kesepakatan ahli lantas membolehkan UMNO lebih diyakini rakyat dan memberi peluang cerah kepada parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Tambahnya lagi, segala ujian yang diterima parti pada masa kini boleh dianggap sebagai rangsangan kepada ahli untuk terus teguh pada pemimpin.

“Ketika zaman Tun M dahulu, dia bertahan lama kerana sokongan parti. Banyak ujian dan cabaran yang diterimanya tetapi disebabkan keteguhan dan setia kepada pemimpin, ia menjadikan (UMNO) kukuh.

“Setiap bahagian dan cawangan, semua ahli perlu pamerkan solidariti untuk parti. Sekiranya kita dapat buat, PRU nanti kita akan kuat,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Taklimat Persidangan Tahunan UMNO Kapar yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");