Panasnya Hari Ini

‘Ini Adalah Gerakan Rakyat’ – Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengetuai deklarasi yang digelarnya sebagai ‘gerakan rakyat’ yang disertai oleh bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini.

Deklarasi itu ditandatangani sebagai langkah memberi tekanan kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan.

Deklarasi yang mengandungi 36 perkara itu mempunyai empat permintaan utama iaitu:

1. Penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia tanpa menggunakan kekerasan dan undang-undang yang dibenarkan

2. Menyingkirkan semua orang yang bekerjasama dengannya

3. Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian yang dibuat baru-baru ini yang melanggar hak-hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan pilihan dasar

4. Mengembalikan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM , Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Deklarasi itu juga turut ditandatangani 56 pemimpin kanan memetik sumber Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");