Berita Hari Ini

Tun M, Najib harus berganding majukan negara

ALOR SETAR – Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) Universiti Utara Malaysia (UUM) mencadangkan agar perbalahan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditamatkan, sebaliknya kedua tokoh itu disaran berganding majukan negara.

Pengarahnya, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, sudah tiba masanya wujud kuasa penggerak untuk menemukan dua tokoh utama itu untuk duduk bersemuka dan meleraikan sebarang kekusutan.

“Apa yang berlaku ini ibarat ‘menarik rambut dari tepung, rambut tak putus tepung tak berselerakan’. Dua negarawan ini amat diperlukan untuk berganding bahu mengemudi negara dalam menuju cabaran ekonomi selain bergelar negara maju menjelang 2020,” katanya.

Menurutnya, masing-masing memiliki kelebihan tersendiri dan wajar untuk menggabungkan kelebihan yang ada pada keduanya untuk membentuk Malaysia ke arah acuan sebenar.

“Pada masa sama, jangan pula ada pihak yang mencurah minyak dalam api yang menyala itu. Marilah kita doakan agar ‘biduk berlalu kiambang bertaut’. Buanglah yang keruh dan ambil yang jernih,” katanya.

Ahmad Zaharuddin Sani berkata, pasangan bercerai pun ada yang merujuk semula apabila menyedari akan kebaikan masing-masing, apatah lagi ‘bercerai politik’.

“Menipulah jika ada mengatakan tindakan Mahathir keluar dari Umno tidak beri sebarang kesan terhadap parti itu, kerana beliau mempunyai pengaruh tersendiri.

“Saya percaya impak tetap ada, namun yang penting bagaimana untuk keluar dari kekusutan itu,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");