Sukan Hari Ini

Intip ‘musuh’

Kuala Lumpur: Selain bertanggungjawab memastikan jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei mempamer aksi terbaik pada saingan Seluruh England yang bakal bermula 8 hingga 13 Mac ini, jurulatih perseorangan Hendrawan juga mempunyai misi lain di kejohanan berprestij itu.

Bagi Hendrawan, Seluruh England adalah kejohanan terbaik untuknya menilai prestasi lawan Chong Wei yang dijangka menyerlah dan memberi ‘masalah’ kepada pemain nombor dua dunia itu pada temasya Sukan Olimpik Rio, Ogos ini.

“Memang matlamat utama Seluruh England adalah memastikan Chong Wei kekal konsisten.

“Tapi matlamat kedua adalah untuk mula fokus melihat kekuatan dan corak permainan lawan seperti Lin Dan, Chen Long dan Kento Momota.

“Penilaian itu bagaimanapun tidak terhad kepada tiga pemain berkenaan saja, sebaliknya prestasi pencabar lain juga harus dinilai,” katanya.

Jelas Hendrawan, barisan pemain lawan seperti dimaksudkannya itu sememangnya berada pada prestasi terbaik ketika ini.

“Lin Dan umpamanya, kalau dia mahukan sesuatu, dia dilihat lebih berbahaya dan perkara seperti ini yang perlu dinilai,” katanya.

Chong Wei sudah tiga kali muncul juara Seluruh England pada 2010, 2011 dan 2014.-harian metro

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");