Panasnya Hari Ini

Isu Banglo: DAP jangan ‘sorok’ Li Koon – Sivaraajh

Gambar:- Malaysia Gazette

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda MIC, C.Sivarajaah menegaskan bahawa pemilik asal banglo yang dibeli kepada Lim Guan Eng perlu tampil kehadapan.

Memetik laporan Malaysia Gazette, beliau turut mempersoalkan sama ada pemimpin DAP yang lain termasuklah Timbalan Guan Eng, P. Ramasamy berasa takut sekiranya Phang Li Koon berbuat demikian berikutan kebimbangan ianya melibatkan reputasi Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

“Ramasamy sepatutnya malu kepada dirinya sendiri. Apa salahnya orang mempertikaikan pembelian itu sekiranya ia benar-benar mematuhi prinsip akuantabiliti dan ketelusan,” ujarnya dalam kenyataan media hari ini, lapor Malaysia Gazette.

Beliau juga berkata bahawa sepatutnya Ramasamy ‘menyerang’ Majlis Peguam berikutan mereka mahukan Guan Eng bercuti susulan kes yang sama daripada terus menyalahkan pihak lain.

“Bawa keluar Li Koon untuk memberi penjelasan mengenai urusan jual beli tersebut dan jangan ‘sorok’ dia.

“Dia mesti jelaskan isu utama kenapa dia menjual banglo RM6 juta pada harga RM2.8 juta,” tegasnya, lapor Malaysia Gazette lagi.

Tegasnya, wanita terbabit tidak boleh hanya mengeluarkan akuan bersumpah (SD) yang menyatakan dia tidak tahu mengenai nilai sebenar hartanah miliknya itu dalam pasaran.

“Dia sebenarnya kunci utama menyelesaikan semua kontroversi yang berlaku dan DAP perlu keluarkan dia bukan menyoroknya,” jelasnya lagi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");