Panasnya Hari Ini

Harap Pak Lah Jadi Penasihat ‘British’, Bukan Penasihat ‘Melayu’

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengharapkan penggantinya sebagai penasihat di dalam syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tun Abdullah Ahmad Badawi dapat menjadi seorang penasihat ‘British’ dan bukan penasihat ‘Melayu’.

Jelas Tun Mahathir, nasihat daripada seorang penasihat British pada suatu ketika dahulu didengari dan dianggap sebagai satu arahan, berbeza dengan penasihat daripada kaum Melayu.

Tun Mahathir sebelum itu berkata, Tun Abdullah merupakan seorang yang cukup layak menggantikan tempat beliau di syarikat tersebut.

“Dia cukup layak untuk jadi penasihat. Saya harap dia jadi penasihat British, bukan penasihat Melayu. Penasihat Melayu kita bagi nasihat sahaja, tak payah turun.

“Kita sebelum ini pernah ada penasihat British. Bila dia (penasihat British) bagi nasihat, ia jadi satu arahan.

“Penasihat Melayu, bagi nasihat orang lupa sajalah. Tapi saya percaya, Tun Abdullah akan memberi nasihat yang baik kepada Petronas,”ujarnya, memetik laporan MalaysiaKini.

Terdahulu, Tun Mahathir dilucutkan jawatan daripada penasihat Petronas pada 11 Mac lalu kerana lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tindakan beliau dilihat tidak lagi sehaluan dengan kerajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");