Panasnya Hari Ini

Isu Banglo Guan Eng: Gerakan Akan Adakan Siri Jelajah

KUALA LUMPUR:GERAKAN dijangka akan mengadakan siri jelajah di seluruh Pulau Pinang dalam masa terdekat bagi menghebahkan isu banglo mewah milik Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Setiausaha Agungnya, Datuk Liang Teck Meng, berkata siri jelajah itu bakal disertai pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Tambahnya lagi, forum peringkat awal akan diadakan dengan menjemput panel seperti Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya serta beberapa pihak yang mempunyai maklumat berhubung banglo berkenaan serta hartanah sekitar Taman Manggis.

“Isu membabitkan penduduk Pulau Pinang akan disentuh dan diselitkan sebagai pengisian forum itu. “Banyak agenda akan diketengahkan dan kita akan putuskan dalam masa terdekat,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Beliau turut menegaskan supaya pihak DAP berhenti mengecam media yang mempersoalkan pembelian banglo mewah kontroversi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Malah beliau turut membidas sikap parti pembangkang berkenaan kerana cuba campur tangan dalam siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");