Panasnya Hari Ini

Kongres Rakyat: Belum Maklum Tindakan Disiplin – Hadi

KUALA LUMPUR: Tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap beberapa orang pemimpin PAS yang berucap dalam Kongres Rakyat masih belum dimaklumkan, ujar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya tidak dimaklumkan lagi (pemimpin PAS terlibat dalam Kongres Rakyat),” katanya dengan ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini, lapor Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Husam Musa dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang turut serta dan menjadi pembahas dalam Kongres Rakyat 2016 pada Ahad lalu.

Terdahulu, Kongres Rakyat adalah susulan daripada Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendesak peletakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, Abdul Hadi turut menegaskan bahawa PAS tidak terlibat dengan sebarang usaha untuk mendesak Najib meletakan jawatan, melainkan menerusi pilihan raya akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");