Panasnya Hari Ini

Isu Pembelian Rumah: Kit Siang alu-alukan SPRM Siasat Guan Eng

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mengalu-alukan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas transaksi pembelian banglo bernilai RM2.8 juta oleh anaknya Lim Guan Eng.

Ujarnya, sebarang dakwaan mengenai salah guna kuasa adalah wajar untuk disiasat.

“Apa yang penting ketika ini ialah pastikan SPRM mengambil serius semua dakwaan yang dibuat terhadap ahli politik tanpa mengira parti,” katanya memetik sumber Astro Awani.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah turut bersetuju dengan tindakan menyiasat Guan Eng malah beliau turut menegaskan agar SPRM juga perlu membuat tindakan sama ke atas ahli Parlimen Barisan Nasional jika terdapat dakwaan berkaitan.

Sebelum ini, SPRM Pulau Pinang dalam satu kenyataan memberitahu telah menerima aduan berkaitan isu pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng, beralamat No. 25 Jalan Pinhorn, Pulau Pinang dan keterangan pengadu berhubung isu ini turut dirakam.

Pihak SPRM turut menjelaskan bahawa kes berkaitan pembelian rumah ini merupakan pendedahan baharu dan SPRM tidak pernah membuka fail sebelum ini.

Terdahulu, siasatan SPRM sebelum ini hanya berkaitan penyewaan rumah berkenaan dan bukan pembelian malah pihaknya juga memberi jaminan akan menjalankan siasatan tanpa unsur pilih kasih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");