Jenayah

Tiga tabung masjid dikopak

KEPALA BATAS – Kariah Masjid Jamek Pongsu Seribu gempar apabila tiga tabung milik masjid itu dikopak oleh dua penjenayah dalam satu kejadian lewat petang kelmarin.

Pengerusi masjid, Abdul Razak Awang, 63, berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 petang.

“Kehilangan disedari siak yang datang ke masjid kira-kira jam 6.45 petang. Sampai-sampai masjid, dia lihat tiga tabung sudah dikopak dan duit turut hilang.

“Dua tabung diletakkan dalam masjid, satu lagi diletakkan di kawasan ruang legar,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah dapat mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan ini.

“Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mendapati terdapat sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki dan perempuan.

“Laporan polis dah dibuat malam kelmarin. Saya harap mereka yang bertanggungjawab dapat dikenakan hukuman setimpal,” katanya.

Abdul Razak berkata, pihaknya kesal dengan perbuatan ini.

“Duit dalam tiga-tiga tabung itu tak dikutip sejak dua minggu lalu, sekarang dah hilang dicuri pula,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komissioner Azmi Adam berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Buat masa ini, siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat sedang dijalankan berdasarkan rakaman CCTV di masjid itu.

“Pihak polis juga berharap agar pihak pengurusan masjid lebih berwaspada dan peka terhadap keselamatan agar perkara ini tidak lagi berulang di masa hadapan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");