Panasnya Hari Ini

Isu Tanah Taman Manggis: Gerakan Desak Kerajaan Negeri Dedah Kandungan Tender

KUALA LUMPUR: GERAKAN Pulau Pinang mendesak supaya kerajaan negeri tampil mendedahkan kandungan dokumen tender terbuka berhubung pembelian tanah di Taman Manggis di sini, kepada awam.

Menurut Ketua Biro Pengaduan Awam Pemuda GERAKAN negeri, Jason Loo, perkara itu penting untuk membuktikan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang mengamalkan pentadbiran yang telus seperti dicanang sebelum ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak perlu terlalu berahsia dengan menyembunyikan kandungan dokumen berkenaan kerana rakyat ketika ini berminat untuk mengetahui kandungan tender pembelian tanah di Taman Manggis.

“Kita harap kerajaan negeri akan lebih telus dengan mendedahkan kandungan dokumen untuk membolehkan orang ramai menilai dengan perspektif yang lebih rasional berhubung isu berkenaan,” katanya pada sidang media di KOMTAR di Pulau Pinang memetik sumber Berita harian.

Terdahulu,beliau hadir di KOMTAR bagi membeli dokumen berkenaan untuk mengetahui kandungan tender pembelian tanah di Taman Manggis.

Tambah Loo bagaimanapun beliau masih tidak pasti sama ada akan memperoleh dokumen berkenaan atau sebaliknya kerana enggan menandatangani Akuan Bersumpah (SD).

“Selain terpaksa membayar RM150, saya diarahkan untuk menandatangani satu akuan bersumpah.

“Namun, saya enggan untuk berbuat demikian kerana jika saya menandatangani SD berkenaan maka saya tidak boleh mendedahkan kandungan dokumen itu kepada umum,” katanya.

Beliau menjelaskan terpaksa menunggu sehingga 14 hari untuk mendapat dokumen terbabit.

foto:- berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");