Panasnya Hari Ini

Jangan Kaitkan Cuti MB Kelantan Dengan Sebarang Isu

KUALA LUMPUR:Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri Kelantan, Datuk Ab Fattah Mahmood,menegaskan bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, juga berhak mengambil cuti seperti mana pemimpin lain.

Ujarnya, cuti peribadi yang diambil oleh Menteri Besar Kelantan itu tidak perlu dikaitkan dengan sebarang isu.

“Saya tidak tahu berapa hari beliau bercuti, itu perlu dirujuk kepada Pejabat Menteri Besar,” katanya memetik sumber Berita harian.

Beliau turut mengesahkan Ahmad Yakob mula bercuti selepas mesyuarat EXCO, Rabu lalu.

Terdahulu, khabar angin tersebar di media sosial mengatakan bahawa Menteri Besar Kelantan mengambil cuti peribadi selama 15 hari yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pergeseran antara Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa.

Husam sebelum ini juga dilaporkan secara terbuka mendakwa Mohd Amar menjadi punca kepincangan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");