Berita Hari Ini

Jangan terlibat jatuhkan kerajaan, nasihat Cuepacs

JOHOR BAHRU – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menasihatkan semua penjawat awam agar tidak terlibat dalam sebarang himpunan menjatuhkan kerajaan.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya telah mengeluarkan kenyataan bahawa Cuepacs menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita amat tidak bersetuju dengan cara-cara yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan.

“Nasihat saya kepada penjawat awam supaya jangan ada penjawat awam terlibat sama. Kita berkhidmat dengan kerajaan, kita bukan terlibat dengan pihak politik,” katanya di sini, kelmarin.

Azih berkata, Cuepacs mahu penjawat awam memberi tumpuan terhadap matlamat, kerjaya dan tugas masing-masing.

“Jangan terikut-ikut dengan sentimen tertentu sama ada hendak jatuhkan kerajaan, dengan adakan roadshow atau turun padang dan sebagainya.

“Tunjukkan bahawa kita bekerja untuk pastikan ekonomi terus stabil, kerajaan terus mapan, mampu untuk beri kesejahteraan kepada rakyat. Itu lebih penting pada kita,” katanya.

Azih berkata, Cuepacs tidak mampu memberikan pembelaan kepada mana-mana penjawat awam yang diambil tindakan tatatertib mengikut peruntukan Perintah Am Bab D.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");